Pilihan raya Nik Abdullah Arshad

Nik Abdullah terkenal sebagai calon PAS yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya bermula sebagai ADUN Kota Bharu Pantai 1959-1974, DUN Sering 1974-1982, malah menjadi ahli parlimen tunggal PAS (Pengkalan Chepa) di Dewan Rakyat pada 1986. Kerusi ini dipertahankan oleh beliau sehingga 1995 sebelum diganti oleh pelapisnya.

Keputusan pilihan raya

Kerusi yang ditandingi Nik Abdullah Arshad
TahunKawasanCalonUndiLawanUndiMajoriti
1959DUN Kota Bharu Pantai, KelantanNik Abdullah Arshad (PAS)4,437Abu Bakar Mohd Al-Ahmadi (Perikatan)1,2223,215
Mohamad Abdullah (Negara)421
Che Wil (Sosialis)207
1964DUN Kota Bharu Pantai, KelantanNik Abdullah Arshad (PAS)4,631Nik Hassan Ibrahim (Perikatan)2,1242,507
1969DUN Kota Bharu Pantai, KelantanNik Abdullah Arshad (PAS)4,893Mohamad Idris (Perikatan)2,8312,062
1974DUN Sering, KelantanNik Abdullah Arshad (BN-PAS)4,818Che Hassan (Bebas)1,2653,553
1982DUN Sering, KelantanNik Abdullah Arshad (PAS)3,628Che Ismail Abdullah (BERJASA)3,54484
1986Parlimen Pengkalan ChepaNik Abdullah Arshad (PAS)17,501Haji Wan Ismail Ibrahim (BN)13,3264,175
1990Parlimen Pengkalan ChepaNik Abdullah Arshad (PAS)27,321Mohamed Apandi Ali (BN)9,87417,447

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan

Nik Abdullah telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas pembentukan kerajaan campuran antara PAS dan Perikatan. Beliau telah dilantik pada akhir 1972 sehingga Pilihan raya umum Malaysia 1974.